Dalam Hidup Aku tak Pernah Menang Contest..Cuba Korang KLIK gambar klu nak MENANG

Bualan Cinta

Share

>> Sunday, March 13, 2011

Berada dalam tahun 3 final sem ni. Budak2 berbicara tentang cinta.Ramai yang rancang nak kahwin, dah tunang pun ramai, yang nak cari tunang pun ramai. Yelah masa tahun satu yang kuat iman cakap takleh cari sekarang 'FITNAH', sekarang tahun 3 dah jadi 'FITRAH la plak.

Apapun itu satu benda yang baik la, nak dirikan rumahtangga, ikut sunnah Nabi,jauh dari keburukan/fitnah, ramaikan umat, wasilah untuk memantapkan diri sendiri. Yang penting kau jaga, beramanah dengan Allah beramanah dengan mak ayah, minta jauh dari maksiat semasa berhubungan.

Cerita pasal mencari bakal isteri ni, ramai pulak member2  aku yang terkena penyakit apa yang aku tak tahu nak panggil ni, tapi kalau kena ni memang pedih robek luncai habis hati. Penyakitnya ialah pada perempuan, di saat populasi penduduk bumi yang semakin ramai wanita dari laki ni, ada wanita yang boleh sayang dua laki 3 laki dalam satu masa.

Aku kenal tunang (perempuan) pada member aku Si A, pastu ada member aku yang lain Si B tunjuk mesej yang dia bermesej dengan tunang member aku Si A..Aku nasihat dia jangan layan tu tunang orang, dia cakap dah terlayan dalam seminggu. Aku minta dia stop,pastu bila member aku cakap kita tak yah berhubung, Perempuan Si Tunang tu cakap "Saya takleh berpisah dengan awak, saya SAYANG awak". Dia boleh cakap macam tu sedangkan dia dah bertunang. Betapa luluh hancurnya hati Si A kalau dia dapat tahu hal ni. Member aku Si B tanya lagi dia "Habis tu macamna dengan tunang awak,awak sayang tak kat dia?". Si Tunang ni jawab dengan ayat yang terbaik, "Dia saya sayang awak pun saya sayang". Puihhh,bila aku baca mesej perempuan tu rasa nak lempang jer, dia dah khianati member aku Si A, dan dia jugak goyahkan member aku SI B.

Lepas tu aku bagitau member aku, cara terbaik ko jangan langsung balas mesej dia angkat call dia, dan jangan nak sesekali terangkat atau terbalas mesej hatta mesej kosong sekalipun, ko jangan bagi respon. Alhamdulillah member aku SI B dengar apa yang aku cakap.

Dan berita terakhir aku dapat tentang perempuan tu, dia dah kahwin tapi bukan dengan member aku SI A atau B tapi dengan SI C yang merupakan member aku jugak. Terbeliak hati aku bila dapat tahu hal yang demikian. Aku dapat nasihat dari seseorang,"Kunci kebahgiaan adalah saling taat,ketaatan. Kau taat kepada Allah, taat antara pasangan masing2 insyaAllah kebahgiaan itu berpanjangan"

0 comments:

Post a Comment


  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP