Dalam Hidup Aku tak Pernah Menang Contest..Cuba Korang KLIK gambar klu nak MENANG

Bualan Cinta

Share

>> Sunday, March 13, 2011

Berada dalam tahun 3 final sem ni. Budak2 berbicara tentang cinta.Ramai yang rancang nak kahwin, dah tunang pun ramai, yang nak cari tunang pun ramai. Yelah masa tahun satu yang kuat iman cakap takleh cari sekarang 'FITNAH', sekarang tahun 3 dah jadi 'FITRAH la plak.

Apapun itu satu benda yang baik la, nak dirikan rumahtangga, ikut sunnah Nabi,jauh dari keburukan/fitnah, ramaikan umat, wasilah untuk memantapkan diri sendiri. Yang penting kau jaga, beramanah dengan Allah beramanah dengan mak ayah, minta jauh dari maksiat semasa berhubungan.

Cerita pasal mencari bakal isteri ni, ramai pulak member2  aku yang terkena penyakit apa yang aku tak tahu nak panggil ni, tapi kalau kena ni memang pedih robek luncai habis hati. Penyakitnya ialah pada perempuan, di saat populasi penduduk bumi yang semakin ramai wanita dari laki ni, ada wanita yang boleh sayang dua laki 3 laki dalam satu masa.

Aku kenal tunang (perempuan) pada member aku Si A, pastu ada member aku yang lain Si B tunjuk mesej yang dia bermesej dengan tunang member aku Si A..Aku nasihat dia jangan layan tu tunang orang, dia cakap dah terlayan dalam seminggu. Aku minta dia stop,pastu bila member aku cakap kita tak yah berhubung, Perempuan Si Tunang tu cakap "Saya takleh berpisah dengan awak, saya SAYANG awak". Dia boleh cakap macam tu sedangkan dia dah bertunang. Betapa luluh hancurnya hati Si A kalau dia dapat tahu hal ni. Member aku Si B tanya lagi dia "Habis tu macamna dengan tunang awak,awak sayang tak kat dia?". Si Tunang ni jawab dengan ayat yang terbaik, "Dia saya sayang awak pun saya sayang". Puihhh,bila aku baca mesej perempuan tu rasa nak lempang jer, dia dah khianati member aku Si A, dan dia jugak goyahkan member aku SI B.

Lepas tu aku bagitau member aku, cara terbaik ko jangan langsung balas mesej dia angkat call dia, dan jangan nak sesekali terangkat atau terbalas mesej hatta mesej kosong sekalipun, ko jangan bagi respon. Alhamdulillah member aku SI B dengar apa yang aku cakap.

Dan berita terakhir aku dapat tentang perempuan tu, dia dah kahwin tapi bukan dengan member aku SI A atau B tapi dengan SI C yang merupakan member aku jugak. Terbeliak hati aku bila dapat tahu hal yang demikian. Aku dapat nasihat dari seseorang,"Kunci kebahgiaan adalah saling taat,ketaatan. Kau taat kepada Allah, taat antara pasangan masing2 insyaAllah kebahgiaan itu berpanjangan"

Read more...

Accident

Share

>> Monday, March 7, 2011

Masa itu - Selepas lebih tiga jam mengharungi jalan jam lagi dua minit nak sampai rumah. Aku kuar dari Q aku untuk masuk ke jalan kiri simpang terus ke rumah aku, jalan masih jam dan ada kereta yang keluar dari Q di hadapan aku. Aku beranggapan destinasi dia sama dengan aku.

Tiba-tiba...

Dia brek mengejut dan terus bagi signal untuk masuk Q semula selepas ternampak ada polis di hadapan dekat dengan simpang. Aku yang terkejut ni apa lagi brek sehabis mungkin dan mengelak ke kiri..terseret..srettttttttt..KEDEGUNG!!!

Malangnya keta aku belah driver tercium bontot kereta depan yang mengelabah tak tentu pasal brek. Brek aku tak makan kerana ada pembangunan di tepi jalan yang baru siap yang meninggalkan sisa-sisa debu dan pasir di tepi jalan. Dah nasib aku walaupun brek sekuat mana pun dalam kelajuan 40km sejam debu dan pasir itu telah menyebabkan kereta ku terseret cantik.

Read more...

HIlang - Macam macam

Share

>> Friday, March 4, 2011

setelah lama giler menghilangkan diri, setelah segala macam yang menimpa aku dan sekarang aku gagahkan diri untuk menulis. walaupun ku memang tak sangat membuat ayat. Entry ni nak luahkan isi hatiku tentang DUNIA YANG SAKIT.

Cerita ni bermula ketika wife aku nak bersalin.. So ramai la sedara yang datang menjenguk wife aku yang sarat menahan sakit tunggu baby keluar.

Hal pertama : boleh pulak dorang dok borak pasal benda yang tak berkaitan dalam bilik menunggu wife..wife aku ni tengah sakit giler, dorang boleh borak macam takde apa yang berlaku.

Ini part yang tak bes lagi..Ini yang best

Hal kedua: Bila dah masuk labour room, tiba2 semua pun follow sekali masuk maklumla bersalin kat swasta. Yang takleh belah my bro in law ni datang tepi aku yang tengah tenangkan wife aku ni..peluk wife aku,cium wife aku, baca2 ayat kat wife aku..

Aik macam bini dia la pulak, of coz la dia abang..tapi takleh pikir ker aurat bini aku macam mana..apa pandangan belah family aku lak yang dia dok peluk cium wife aku tu...

Apa kejadahnya dia kat situ, hilang fungsi aku kat situ..kira cam dia la expert dalam hal genting macam ni..kata lepasan UIA cakap arab nak berhabuk jer.. Tapi adab Islam kita mana...Akhlak sensitiviti, perbuatan sesuai ke tak, takkan takleh pikir..

Sampai muka wife aku pun berubah time tu...

Lepas 2 3 hari lepas tu, aku bukak citer ni dengan wife aku, dia bagitau aku yang my bro in law tu mmg mcm tu, suka manja2kan dia..Tapi aku bagitau la yang takleh la buat macam tu, bukak kecik lagi, aku nak tegur direct pn dia abg aku, ada degree IRK UIA lak tu..Aku apa ada, so klu ada pluang aku suh la wife aku tegur,, Tapi yang aku nampak memang takder peluang.

Walau apapun yang berlaku aku minta Ampun kepada Allah diatas dosa2ku dan aku bersyukur yang teramat bila dikurniakan cahaya mata yang sangat comel buat pengubat hati kami. Semoga dia menjadi anak yang solehah, yang lebih mendalam dlm faham agama dan beramal dengannya.

Read more...

Cakap

Share

>> Sunday, October 17, 2010

Tadi dalam kelas prof cakap apabila kita menghadiri mesyuarat pastikan yang percakapan kita itu tepat,bernas. Jangan sampai percakapan kita itu melambangkan kebodohan kita.

Read more...

FOLLOWER PENGIKUT

Share

Bila aku terjumpa Aniza ni..actualy aku jumpa blog dia da..bagus tul ayat2 dia tentang blog yang tak ramai follower atau pengikut ni...Baca rr sendiri kat blog dia takkan aku nak copy paste lak..sekurang2nya aku dah tolong promote blog org lain.. Sila klik untuk ke blog beliau :

Trimatra Aniza Wahit

Follow dengan niat yang baik..Ikhlaskan Hati mengambil apa yang jernih buangkan yang keruh

Read more...

SYIAH

Share

Bila aku tengok video ni..Dia buat aku tersedar yang aku tak banyak tahu apa yang terjadi di antara puak syiah dan sunnah di Iran & Iraq..Dan aku still lagi tak banyak tahu..Sebab tu aku cuba mencari maklumat tentang hal ni. Video yang aku maksudkan  :
Show Life

Aku pun tak tahu sangat benda ni..Boleh jugak ko baca kat Dr. Faisal Tehrani :
 Faisal Tehrani Blog

Kita juga kena tahu yang syiah ni juga telah berpecah dengan fahaman masing2 :
Kalam Khalifah

Walaupun perkara ni dah lama berlku, ada kita kisah nak tahu.. Ramai yang tak ambik tahu..

Read more...

ADAM LAMBERT & MAHER ZAIN

Share

>> Friday, October 15, 2010

Konsert Adam Lambert diadakan di Malaysia bertempat di Putra Indoor Stadium Bukit Jalil



Maher Zain sampaikan msg mulia diadakan di MBSA Auditorium Shah Alam :



Dalam mangga online : Sila klik (Adam Lambert berjaya mengawal dirinya daripada aksi keterlaluan dan  menghormati garis panduan yang ditetapkan)

Dalam mstar : Sila klik (Walaupun mendapat bantahan di luar stadium, Lambert tidak menghampakan apabila berjaya memukau peminat dengan kehebatan vokalnya)


Mereka ingin sampaikan msg :

UMtoday: Klik (Konsert 'Gay": Bantahan 200 mahasiswa Tidak Diendahkan Pengajur)

Wakil Mahasiswa dalam konsert :


Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP